Pandu Uji Ora Good Cat, dapat RM60 kredit Touch n Go eWallet tanpa sebarang pembelian

13 Jun 2023 • 12:34 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Salah satu kenderaan elektrik (EV) paling murah dan paling comel boleh dibeli di Malaysia adalah Ora Good Cat keluaran GWM. Jika anda berminat untuk mengujinya, anda harus mencubanya sekarang kerana GWM Malaysia telah bekerjasama dengan TNG Digital, untuk menawarkan kredit TNG eWallet bernilai RM60 bagi mereka yang datang dan memandu uji Ora Good Cat.

Pandu Uji Ora Good Cat dan terima sehingga RM60 kredit TNG eWallet

Kempen Pandu Uji Ora Good Cat ini berlangsung dari 12 Jun sehingga 12 Julai 2023, dan ia terhad kepada 6,000 peserta yang berjaya. Menurut laman promosi TNG eWallet, anda akan menerima RM10 kredit TNG eWallet apabila selesai mengisi borang pendaftaran pandu uji, dan baki RM50 akan diberi dalam bentuk PIN Tambah Nilai TNG eWallet selepas selesai memandu uji EV tersebut.

image is not available

Sila ambil perhatian kerana kempen ini sah untuk pendaftaran menerusi aplikasi TNG eWallet sahaja. Ia tidak sah jika pendaftaran pandu uji dibuat menerusi platform lain. Manakala kredit eWallet RM10 akan diberi kepada 6,000 penebusan terawal dan PIN TNG eWallet RM50 terhad kepada 1,800 pengguna yang telah mendaftar dan menyelesaikan pandu uji di pusat pandu uji rakan kongsi. Kempen ini tamat apabila kredit eWallet RM10 dan PIN TNG eWallet RM50 telah habis ditebus atau tarikh kempen tamat, yang mana lebih awal.

Kredit eWallet RM10 akan dimasukkan ke dalam akaun dalam masa 7 hari bekerja selepas pendaftaran. Manakala PIN TNG eWallet RM50 akan diberikan oleh kakitangan rakan kongsi yang dilantik. Menurut borang pendaftaran, pusat pandu uji Ora Good Cat terdapat di tempat berikut:

  • CS Kiara Auto (Jalan Ipoh, Kuala Lumpur)
  • Go Auto Sales (Shah Alam, Selangor)
  • Superhub Auto Services (USJ & Puchong, Selangor)
  • G-Mart Corporation (Kajang/Bangi, Selangor)
  • Seremban Victory Credit (Seremban, Negeri Sembilan)
  • CS Euro Auto (Butterworth, Penang)

Untuk mendaftar pandu uji ini, buka aplikasi TNG eWallet dan lihat pada sepanduk GWM Ora Good Cat Ride 'n Reload di bahagian atas. Jika tiada, anda boleh pergi ke bawah di bahagian “Promotions” dan tekan “More”.

Ora Good Cat: EV mampu milik di Malaysia

image is not available

GWM Malaysia membawakan dua varian Ora Good Cat iaitu model asas 400 Pro dengan bateri 47.8kWh berharga RM139,800. Manakala model lebih tinggi iaitu 500 Ultra memiliki bateri 63.1kWh berharga RM169,800. EV kompak ini datang dengan jaminan 5-tahun atau 150,000km, serta jaminan bateri selama 8-tahun atau 180,000km, bersama 5 kali servis percuma.

Untuk mengecas, ia menyokong pengecasan AC 6.6kW dan pengecasan DC sehingga 60kW. Dengan pengecas AC, ia mengambil masa sehingga 10 jam untuk mengecas 500 Ultra, dan sekitar 40 minit di pengecas DC dari 30-80%. Jarak perjalanan untuk 400 Pro ialah sehingga 400km manakala 500 Ultra sehingga 500km.

image is not available

Kedua-dua varian ini dilengkapi motor enjin tunggal berkuasa 105kW (141hp) dan 210Nm tork. Ia boleh mencapai kelajuan 0-100km/j dalam masa 9.29 saat bagi varian 500 Ultra, serta kelajuan tertinggi mencecah 160km/j.

Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, anda boleh menonton review rakan kami di SoyaCincau menerusi video di bawah:

Bacaan Berkaitan