Panduan Duit Hantaran Dan Mas Kahwin Berdasarkan Tempat Asal Pengantin Perempuan

24 Nov 2022 • 12:00 AM MYT
Loanstreet
Loanstreet

Malaysian personal finance-focused website that you’ll need in your life.

Jangan panik! Konsep duit hantaran ni tak bermaksud untuk membebankan korang


Apa yang wajib dalam ‘pakej’ tersebut sebenarnya mas kahwin - satu set jumlah yang ditentukan berdasarkan negeri asal pengantin perempuan. Lagi satu, duit hantaran ni milik pengantin perempuan semata-mata (pengantin lelaki atau keluarga pengantin perempuan jangan gatal nak sentuh!). Bayaran pulak akan direkodkan oleh pegawai sebelum akad nikah. 


Korang boleh rujuk table kat bawah ni kalau nak tahu harga mas kahwin mengikut negeri masing-masing.

 
NegeriRM (Perkahwinan Pertama)RM (Bukan Perkahwinan Pertama)
Johor22.5022.50
Melaka100100
Negeri Sembilan*2412
Selangor* 300300
Kuala Lumpur8040
Perak101101
Pulau Pinang2424
Pahang22.5022.50
Sabah10080
Sarawak120120
Labuan8080
Putrajaya8080
Negeri lainTak ditetapkanTak ditetapkan
Sumber: JAKIM
*jumlah berbeza jika pengantin perempuan ada pertalian dengan keluarga diraja.

 

Apa yang KONTROVERSI sangat pasal duit hantaran ni?


Kita semua pernah baca kat media sosial tentang cerita-cerita seram macam pergaduhan kat kenduri kahwin sebab pihak pengantin lelaki tak dapat sediakan wang hantaran seperti yang dijanjikan.  Setiap keluarga ada tafsiran tersendiri tentang konsep duit hantaran ni. Ada sesetengah kes, duit hantaran dianggap sebagai ‘pampasan’ kepada kos-kos yang dilaburkan oleh ibu bapa pengantin perempuan yang dah besarkan anak mereka.

image is not available

Sumber imej: mStar

Ada jugak yang melihat wang hantaran sebagai simbol kestabilan kewangan pengantin lelaki untuk jaga bakal isteri dan keluarga nanti. Apa-apa pun, memulakan kehidupan lepas kahwin memang TAK MURAH – sekurang-kurangnya korang kena fikir tentang kediaman pertama, dan dah mula buat bajet untuk anak-anak nanti. 


image is not available

Lagipun yang buat duit hantaran tu jadi mahal sebab, dulu-dulu kenduri kahwin orang buat dekat rumah pengantin perempuan untuk menampung sebahagian kos kenduri. Tapi sekarang memang perkara biasa untuk kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan adakan kenduri secara berasingan – itu pun jika diorang mampu. Nanti masa salam kaut, pengantin boleh aje dapatkan semula sebahagian wang yang dibelanjakan tu balik. Senang.

Aduh, pening. Jadi berapa nak kena bagi ni?


Tak ada peraturan tetap berapa jumlah wang hantaran yang pengantin lelaki sepatutnya beri kepada keluarga pengantin perempuan. Tapi, ada je  ‘panduan tak formal’ berdasarkan faktor popular macam tahap pendidikan. Lagi tinggi tahap pendidikan pengantin perempuan, lagi tinggi wang hantarannya! Panduan ni pernah tersebar luas kat Malaysia:

image is not available

Kalau pengantin perempuan yang ada PhD, konfem keluarga dia dah melabur banyak gila untuk pendidikan dia. Jadi kat sini pihak pengantin perempuan layak dapat ‘pampasan’ lebih. Tapi tak bestlah camni sebab macam tak menggalakkan perempuan untuk belajar tinggi-tinggi lah pulak kan. Selain taraf pendidikan, senarai harga hantaran ikut negeri pun ada jugak:
 
NegeriRM 
Perlis5,000 - 8,000
Kedah8,000 - 12,000
Pulau Pinang4,000 - 10,000
Perak5,000 - 10,000
Kelantan3,000 - 10,000
Terengganu5,000 - 9,000
Pahang7,000 - 12,000
Selangor8,000 - 20,000
Kuala Lumpur8,000 - 15,000
Putrajaya8,000 - 15,000
Melaka7,000 - 12,000
Negeri Sembilan8,000 - 12,000
Johor 10,000 - 20,000

Tapi cara ni pula tak berapa nak bagus. Kesian nanti bila perempuan dari sesetengah negeri dikenali dengan cara yang kurang elok. Contohnya, orang selalu usik lelaki yang ada makwe Johor (semoga berjaya, bro!) sebab perempuan dari negeri ni dikatakan ‘mahal’ untuk dikahwini.
 

Boleh nego tak duit hantaran ni?


Panduan hanyalah panduan aje – korang lah yang tentukan kata putus. Lagipun, ni kan kenduri kahwin KORANG. Ia adalah sesuatu yang normal jika keluarga berbincang dan berunding tentang jumlah wang hantaran sebelum perkahwinan berlangsung. 


image is not available

Semasa berunding, pastikan yang korang mampu dan kalau membebankan kewangan sendiri, berterus-teranglah (semestinya dengan cara sopan – takkan korang nak bakal keluarga mentua marah pulak!). Lagipun, korang akan memulakan hidup baharu dengan anak/kakak/sepupu mereka. Kalau pihak pengantin perempuan berkeras juga nakkan jumlah yang tinggi, korang faham-faham ajelah maksudnya.


Sehingga hutang maut memisahkan kita


Walaupun hantaran tinggi meletakkan sesuatu penyatuan pada tahap yang lebih berprestij, tapi ia BUKAN satu kemestian untuk sebuah perkahwinan yang bahagia. Korang pastinya TAK mahu mulakan kehidupan rumah tangga dengan beban hutang yang tak sepatutnya! 


Ingat, duit hantaran hanyalah cabaran kewangan pertama yang korang akan hadapi dalam perkahwinan. Cuba mulakan sesuatu dengan permulaan yang baik. 

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK: