Panel Belakang iPhone 17 Tertiris Mengesahkan Rekaan Mirip Google Pixel

TechnologyDigital
22 Jan 2025 • 12:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa imej pengolokan iPhone 17 yang tertiris sebelum ini menunjukkan susunan bonggol kamera baharu yang kini memanjang seakan Google Pixel. Hari ini gambar yang didakwa panel belakang iPhone 17 tertris dan mengesahkan perubahan yang dilakukan.

image is not available

Kesemua lensa kamera disusun sebaris dengan bonggol kamera memanjang pada bahagian atas. Sebelum ini laporan mengatakan bonggol kamera akan diperbuat daripada kaca dan bahagian bawah pula diperbuat daripada aluminium memberikan rekaan dwi-tona. Ini adalah kali pertama rekaan belakang iPhone diubah sejak iPhone 11 enam tahun lalu.

Rekaan baharu ini agak aneh dengan pasti ramai akan mengutuk Apple kerana meniru rekaan yang dipopularkan oleh Google Nexus 6P sebelum digunapakai pula oleh siri Google Pixel 6 dan ke atas.