Panel OLED Samsung Untuk Skrin Boleh-Lipat Kelak Lebih Murah Dengan Kaedah Pemasangan Baharu

TechnologyDigital
23 Jun 2022 • 2:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Panel OLED Samsung adalah antara yang terbaik di pasaran. Ramai akan mengenalinya sebagai AMOLED dan ia digunakan oleh banyak pengeluar peranti. Untuk skrin yang digunakan pada peranti dengan skrin boleh-lipat pula, ia juga ada pilihan OLED. Tetapi kosnya lebih tinggi dan membuatkan pengeluaran peranti sebegini tidak begitu meluas.

TheElec kini melaporkan yang Samsung telah mula membangunkan OLED fleksibel yang mampu milik. Ia juga lebih nipis dan boleh digunakan pada rekaan skrin hampir nirbingkai. Harganya juga adalah 90% lebih murah berbanding panel OLED fleksibel lain.

image is not available

Ini kerana Samsung akan menggunakan kaedah OCR (Optical Clear Resin) iaitu sejenis pelekat cecair lutsinar berbanding OCA (Optical Clear Adhesive) iaitu pita pelekat lutsinar untuk menggabungkan komponen. Kaedah ini akan diimplementasikan pada kilang di Vietnam dan penggunaan kaedar OCR ini turut akan menjimatkan masa.

image is not available

Kaedah OCR ini adalah dengan menggunakan mesin inkjet yang akan dibekalkan oleh STI dan Samsung telah memulakan tempahan untuk mesin ini. Di kilang di Korea Selatan. Samsung telah pun mula menggunakan kaedah ini.

Kelak kita akan boleh lihat lebih banyak peranti menggunakan panel skrin ini pada harga yang lebih mampu milik.