“Panggil Dispatch!” – Netizen Perasan Park Hyungsik Masih Menunggu Cinta Dari Park Boyoung?

Music
17 Oct 2023 • 3:30 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Park Hyung-sik dan Park Bo-young tidak dinafikan mempunyai keserasian hebat di dalam dan luar drama.

Sebelum ini selepas drama “Strong Woman Do Bongsoon” tamat, Park Hyung-sik pernah meluahkan dalam satu temu bual,

Park Bo-young noona, saya sangat menyayangi awak. Awak benar-benar Bong-soon. Kerana awak adalah Bong-soon yang sempurna, adalah wajar bagi saya untuk mencintai awak. Saya mahu lebih mencintai awak, tetapi saya sedih ia sudah berakhir.

Bagaimanapun sehingga 2023, masih belum ada apa-apa status terkini mengenai hubungan mereka.

Baru-baru ini, kedua mereka kembali reunion sebagai kameo dalam “Strong Woman Namsoon”, membuatkan ramai peminat teruja. Turut berkongsi gambar swafoto mereka, perkara lain yang menarik perhatian adalah lagu yang turut disertakan lelaki itu dalam hantaran yang dimuat naik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 박형식 / PARKHYUNGSIK (@phs1116)

Khususnya, ia adalah lagu “For Us” yang dinyanyikan kawan baiknya iaitu V BTS. Untuk pengetahuan, lirik lagu tersebut berbunyi,

Saya masih menunggu awak
Adakah awak akan mengubah fikiran?
Saya akan menyerahkan semuanya
Untuk kita.

Dengan ini, ada yang percaya bahawa Park Hyung-sik sedang memberi petunjuk bahawa dia masih mempunyai perasaan kepada Park Bo-young dan setia menunggu cintanya dibalas.

Omo..apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.