Park Hyungsik & Park Boyoung Jadi Kameo, Rating ‘Strong Girl Namsoon’ Hampir Cecah 10%

Entertainment
16 Oct 2023 • 3:06 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Mesti ramai kan yang tengah layan drama “Strong Girl Namsoon” sekarang?

Untuk pengetahuan, ini adalah sekuel dari drama “Strong Woman Do Bongsoon”, mengikuti kisah sepupu Do Bong-soon iaitu Gang Nam-soon bersama dua generasi atasnya iaitu ibu dan neneknya, yang menggunakan kekuatan luar biasa mereka bagi menyelesaikan jenayah berkaitan dadah di sekitar Gangnam.

Menurut Nielsen Korea pada 15 Oktober, episod 4 “Strong Girl Namsoon” telah berjaya meraih rating tinggi di seluruh negara mencecah 9.8%.

image is not available

Ia merupakan rating tertinggi drama itu setakat ini, berkat bantuan Park Hyung-sik dan Park Bo-young yang membuat penampilan istimewa dalam episod ke-3.

Untuk pengetahuan, ini merupakan peningkatan sebanyak 2.9% dari episod ke-2, dan naik dua kali ganda dari rating episod pertama.

Sementara itu, “Strong Girl Namsoon” akan ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.