“Panggil Lagi Saya Penyondol, Pelakor, Saya Saman!” – Sofia Albarakbah

Entertainment
26 Jul 2023 • 11:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon jelita, Sofia Albarakbah memaklumkan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka di luar sana yang melemparkan fitnah terhadap dirinya.

Dia sebelum ini pernah terkait dengan kontroversi menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pelakon Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz.

Ujarnya, jika cakap-cakap belakang dan gosip berkaitan ‘penyondol’ itu melampau, dia akan mengambil tindakan namun masih lagi dapat bersabar sehingga ke hari ini.

Kalau makin melampau saya mungkin akan ambil tindakan undang-undang. Setakat ini saya masih boleh sabar tapi semua orang ada tahap kesabaran.

Sophia yang meraih trofi Aktres Filem Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 telah menewaskan bintang hebat lain seperti Maya Karin, Diana Danielle, Janna Nick dan Ahirine Ahirudin.

Terdahulu, pelakon berdarah campuran Melayu, Cina dan Arab itu didakwa sesetengah netizen pernah mengganggu rumah tangga pelakon Fazura dan Fattah Amin.

Ia susulan daripada pendedahan Fazura mengenai seorang aktres yang cuba mendekati suaminya itu ketika membintangi sebuah filem beberapa tahun yang lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 weeks ago

"Suami Kita Kan Helokk" - Fazura Dedah Ada Pelakon Wanita 'Try' Menyondol Fattah Ketika Hamilkan Fatima Aisya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved