Pangkalan Data Bakal Dibangunkan, Mampu Kesan Pemandu Bas Bermasalah

LocalPolitics
12 Jun 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, selepas kejadian nahas bas di Gerik, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan membangunkan pangkalan data pemandu bas ekspres dan persiaran yang membolehkan syarikat bas menilai kelayakan serta latar belakang pemandu sebelum mereka diambil bekerja.

Perkara itu disahkan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke. sistem itu yang akan dibangunkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

"Sekarang ini dalam sistem kita belum ada pangkalan data yang merangkumkan semua pemandu. Kita hanya ada pelesenan, tetapi sama ada mereka ada rekod atau tidak, syarikat yang menggaji mereka atau mengambil mereka sebagai pemandu, tidak ada rujukan.

image is not available

"Dalam sistem itu mungkin kadangkala seorang pemandu yang buruk itu didapati tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan dipecat daripada syarikat A, dia mungkin pergi ke syarikat B, jadi dalam pasaran masih ada pemandu yang kurang berwibawa," kata Loke.

Langkah itu diambil selepas 15 penuntut UPSI maut apabila bas sewa khas yang membawa mereka dari Jertih, Terengganu ke kampus utama Tanjung Malim, Perak terbalik di Jalan Raya Timur–Barat manakala 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.