Pangkalan data kumpul profil pesakit Celebral Palsy

LocalHealth & Fitness
10 Oct 2026 • 2:45 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pangkalan data kumpul profil pesakit Celebral Palsy

SHAH ALAM – Keperluan rawatan pesakit Cerebral Palsy (CP) di negara ini akan dikenal pasti dengan lebih tepat menerusi pangkalan data khususnya yang sedang dibangunkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pangkalan data itu membolehkan kementerian mengetahui profil pesakit serta keperluan setiap individu terlibat dalam memperkukuhkan perkhidmatan kepada golongan itu.

“Bila kita tahu jumlah pesakit CP, boleh kita sediakan kemudahan serta rawatan yang lebih baik dan inklusif kepada mereka.

“KKM sentiasa mengambil berat terhadap pesakit CP. Kita mahu mereka menjalani kehidupan baik, seperti individu normal lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Cerebral Palsy 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata, KKM kini bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi memastikan pangkalan data berkenaan dapat digunakan secara berkesan.

Bagaimanapun, katanya, kementerian belum menetapkan tempoh sasaran untuk pangkalan data itu disiapkan.

Dalam perkembangan sama, Dzulkefly berkata, seramai 1,076 pesakit kanak-kanak CP telah menerima bantuan intervensi awal di pelbagai klinik kesihatan di seluruh negara bagi tempoh 2016 hingga 2025, 1,076 pesakit kanak-kanak CP telah menerima bantuan intervensi awal di pelbagai klinik kesihatan di seluruh negara.

The post Pangkalan data kumpul profil pesakit Celebral Palsy appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved