Pangkat Datuk & Tan Sri bukan untuk dibeli, banyak duit buat amal jariah -YDP Agong

LocalPolitics
2 Jun 2025 • 1:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan bahawa anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan bukan untuk dibeli atau dilobi.

Datuk & Tan Sri bukan untuk diberi atau dilobi

Memetik laporan dari Kosmo!, baginda menyatakan ia hanya layak diberikan kepada individu yang benar-benar berjasa kepada kerajaan dan negara.

“Mengikut telek pandang saya, hanya individu yang telah lama berkhidmat dan berjasa kepada kerajaan, atau yang telah mengharumkan nama negara wajar diperkenankan,” jelas baginda.

image is not available

Pangkat bukan untuk dibeli, tapi diberi pada yang layak

Baginda turut mendedahkan bahawa setiap calon akan dinilai semula secara teliti walaupun telah dicalonkan oleh pihak kerajaan.

“Memang setiap tahun tidak banyak yang melepasi syarat tersebut. Walaupun ada pihak yang melobi, saya tidak akan layan.
“Pangkat Datuk dan Tan Sri bukan untuk dibeli. Kalau ada yang banyak sangat duit, buatlah amal jariah, bantu orang miskin yang memerlukan,” titah baginda.

image is not available

Penerima pangkat perlu hargai anugerah diberi

Sultan Ibrahim turut menyeru agar penerima pangkat menghargai anugerah yang diberikan dan tidak melihatnya sebagai lambang status semata-mata.

Baginda turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan baginda.

“Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan semua acara sempena sambutan hari keputeraan saya pada tahun ini.

Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Malaysia tercinta ini sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati, kekal aman, maju dan makmur.” seru baginda.

image is not available

Titah tegas itu disampaikan dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi baginda di Istana Negara.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. Majlis itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta anggota kabinet termasuk Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Sumber: Kosmo! (Mohd Rasdan Ahmad)