Panglima Tentera Darat Sifatkan Kejadian ‘Yeye’ Sebagai Terpencil, Minta Anggota Kekal Tenang

LocalPolitics
7 Jan 2026 • 11:13 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak kebelakangan ini, hangat diperkatakan isu budaya Yeye yang didakwa berlaku di dalam kem Angkatan Pertahanan Malaysia (ATM).

Antara dakwaan terbabit adalah kemasukan individu yang tidak berkaitan ke dalam kem tentera dan kelakuan aktiviti tidak bermoral.

Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan (MINDEF) memandang serius dakwaan itu dan telah mengarahkan agar pihak ATM menjalankan satu siasatan dalaman.

Malah, isu ini turut menarik perhatian ramai termasuk penceramah bebas dan Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, yang menyifatkan perbuatan seperti berfoya-foya, minum arak dan ke arah kemaksiatan adalah bercanggah dengan agama Islam dan dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan ‘Budaya Yeye’ Di Kem Tentera, MINDEF Arah ATM Jalankan Siasatan Dalaman

Baca Artikel Berkaitan: Dakwaan ‘Budaya Yeye’: Aktiviti Tak Bermoral Dalam Kem Boleh Gugat Keselamatan – Dr Mohd Izhar Ariff

Dakwaan Mungkin Berlaku Dalam Skala Kecil – PTD

Terbaharu semalam (6 Januari), Panglima Tentera Darat (PTD) ke-31 Jeneral Datuk Azhan Md Othman yang baru dilantik, bagaimanapun menegaskan bahawa isu yang tular itu mampu dikelola oleh pihak Tentera Darat Malaysia (TDM)

Beliau berpendapat mungkin ada berlakunya dakwaan itu tetapi dalam skala kecil ataupun terpencil.

“Kepada semua anggota-anggota Tentera Darat, saya mohon semua bertenang. Saya percaya keadaan ini boleh dikawal.

“Apa yang berlaku mungkin melibatkan perkara-perkara terpencil, namun kita perlu kekal bersatu dan memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin,” katanya dipetik Awani.

Azhan turut menegaskan kepentingan anggota tentera agar terus bersatu teguh bagi menjamin keselamatan tanah air.

Azhan Sifatkan Pelantikan PTD Sebagai Amanah Besar

Di samping itu, Azhan turut mengulas pelantikannya sebagai PTD yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Beliau menyifatkannya sebagai satu amanah yang besar memandangkan tentera darat merupakan organisasi terbesar dalam ATM.

“Fokus utama adalah kepada penambahbaikan berterusan selaras dengan pelaksanaan Angkatan Masa Hadapan 2030 yang kini memasuki fasa permulaan,” katanya.

MINDEF Beri Jaminan Tindakan Akan Dikenakan Jika Dakwaan Didapati Benar

Terdahulu, tular dakwaan ini di media sosial sehingga mendapat perhatian banyak pihak termasuk rapper dan pempengaruh Caprice.

Dalam pada itu, MINDEF menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.

Kementerian itu turut memberi jaminan bahawa tindakan tegas tanpa kompromi selaras dengan peraturan, tatacara dan undang-undang semasa akan dikenakan terhadap mana-mana pihak terlibak sekiranya dakwaan itu didapati benar.

“Kementerian Pertahanan dan ATM sentiasa komited dalam memastikan disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan berada pada tahap tertinggi serta tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti institusi pertahanan negara,” katanya dalam satu kenyataan.