Panik tingkap KTMB pecah

29 Oct 2026 • 8:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Panik tingkap KTMB pecah

PETALING JAYA – Seorang penumpang Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami pening kepala selepas terkena kaca tingkap gerabak yang pecah semasa menggunakan pengangkutan awam itu.

Menurut perkongsian pengguna Threads yang dikenali sebagai @Alyaanblh, kejadian itu berlaku semasa gerabak tersebut dalam perjalanan dari Arau, Perlis menghala ke Butterworh, Pulau Pinang hari ini.

“Sebelum dan selepas naik KTM, masih rasa mamai dan pening selepas kena kaca dekat kepala,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati terdapat beberapa pengguna yang turut terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Saya dan kawan betul-betul duduk kerusi kaca pecah tu. Tengah layan mata tau tiba-tiba bunyi macam meletop dahlah kitanya penat baru balik kelas. Syukurlah tak ada apa-apa, terkejut sangat sebab kuat gila pecah tu,” kata @Ayamgoreng.

“Saya tengah dengar lagu. Tiba-tiba rasa terhantuk, tengok bawah kaca ya Allah dahlah masatu pandang belah tepi sikit. Kena muka dengan tangan , harap yang duduk kawasan situ baik-baik saja;” kongsi @Cuna.

“Ini kes baling batu ni antara stesen Arau ke Kodiang. Adoi kenapalah vandalisme,” kata @Arif. – KOSMO! ONLINE

The post Panik tingkap KTMB pecah appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved