![Image from: [VIDEO] 3 remaja cedera, bendera terkena talian pencawang elektrik](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/cedera-pencawang-elektrik-1024x768.jpeg)
ALOR SETAR – Tiga remaja lelaki cedera akibat terkena renjatan elektrik selepas bendera yang dibawa semasa perarakan tokong sayur di Mergong, di sini malam tadi dipercayai terkena talian pencawang bervoltan tinggi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, dua mangsa berusia 17 tahun dan seorang 16 tahun dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka dirawat di zon merah HSB.
Setiausaha Persatuan Tokong Sayur Mergong, Chah Boon Chuan berkata, kejadian berlaku ketika ribuan peserta perarakan berarak di jalan utama di situ sebelum salah satu bendera dipercayai terkena pada talian elektrik.
“Kita difahamkan bendera itu ditiup angin kencang ketika hujan rintik sebelum terkena pada talian elektrik.
“Seorang remaja yang memegang bendera serta dua lagi yang berada berhampiran cedera akibat terkena renjatan elektrik,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB, malam tadi.
Katanya, tiga remaja itu masih dirawat dan keadaan terkini mereka belum diketahui.
Tambahnya, batang bendera itu diperbuat daripada buluh dan ia merupakan kejadian pertama berlaku.
Sementara itu, tular beberapa video mengenai kejadian termasuk keadaan mangsa yang rebah di jalan. – KOSMO! ONLINE
View this post on Instagram
The post [VIDEO] 3 remaja cedera, bendera terkena talian pencawang elektrik appeared first on Kosmo Online.


![3 Remaja Terkena Renjatan Elektrik Ketika Perarakan: Apa Yang Kita Ketahui Setakat Ini [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/perarakan-di-Mergong.jpg?t=1791976815)



