Pansar peroleh kontrak RM30 juta mengurus bangunan muzium Sarawak

17 May 2024 • 9:53 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pansar peroleh kontrak RM30 juta mengurus bangunan muzium Sarawak

johardy

17/05/2024 - 09:53

KUALA LUMPUR 17 Mei - Pansar Bhd memperoleh kontrak RM30.1 juta bagi mengurus dan penyelenggaraan kemudahan bagi Muzium Kebudayaan Borneo dan bangunan tambahan di Kompleks Muzium Sarawak di Kuching.

Syarikat penyedia rumusan kejuruteraan yang juga berpangkalan di Sarawak itu berkata, kontrak berkenaan yang dianugerahkan oleh Jabatan Kerja Raya negeri, melibatkan perkhidmatan awam, struktur dan seni bina, serta perkhidmatan mekanikal, elektrik, landskap dan pengemasan.

"Pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan adalah kawasan tumpuan strategik baharu untuk Pansar," kata kumpulan itu dalam makluman di Bursa Malaysia.

Pansar berkata projek itu akan berjalan selama 39 bulan mulai 27 Mei, dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan.



image is not available

Sejak awal tahun ini, Pansar telah mengumumkan tiga anugerah projek kontraktor dengan nilai keseluruhan RM429.20 juta, yang kesemuanya terletak di Sarawak.

Bulan lalu, Pansar memperoleh kontrak RM269.1 juta untuk menaik taraf kapasiti loji rawatan air di Sibu daripada Lembaga Air Sibu melalui tender terbuka.

Pada Februari, kumpulan itu memperoleh kontrak RM129.98 juta untuk membina pusat penyakit berjangkit di Muara Tuang Land di Sungai Jernang, Samarahan daripada Borneo Development Corp (Sarawak) Sdn Bhd. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved