Pantai di Kuala Langat ditutup hingga Jumaat

24 Oct 2022 • 2:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MPKL memaklumkan kawasan pantai di Kuala Langat ditutup bermula Selasa hingga Jumaat.

SHAH ALAM - Kawasan pantai di sepanjang Pantai Kuala Langat ditutup bermula Selasa hingga Jumaat ini berikutan fenomena air pasang besar.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menasihatkan orang ramai agar tidak memasuki kawasan pantai sepanjang tempoh tersebut atas faktor keselamatan.

MPKL dalam satu notis turut memaklumkan sebarang aktiviti air dan rekreasi serta perniagaan membabitkan penjaja dan peniaga di kawasan pantai juga tidak dibenarkan.

“Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan amat diharapkan bagi menjamin keselamatan bersama,” menurut MPKL dalam satu notis dikongsi di laman Facebooknya pada Isnin.

Untuk pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi MPKL melalui talian 03-31872825 atau melalui aplikasi WhatsApp 012-3004891/ 012-3004256.