“Pantang ada masa lapang mesti berlatih” – Ibu Tunjuk Tulisan Khat Anak Autism 11 Tahun Buat Ramai Kagum

Family & Parenting
22 Jun 2026 • 6:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft anak autism 1

Biarpun tidak dilahirkan sempurna seperti anak-anak lain, namun kesungguhan kanak-kanak autisme umur 11 tahun yang dikenali sebagai Aryan ini dilihat mempunyai bakat dan keunikan tersendiri.

Menerusi Threads, ibunya Arlizha Arip kongsikan hasil tulisan khat yang dibuat oleh anaknya, katanya, anaknya itu suka berlatih tulisan khat sehingga menunjukkan kemahirannya anaknya itu semakin baik.

Artikel berkaitan: Khatib Tertinggal 1 Daripada Rukun Khutbah, Solat Jumaat Di 16 Masjid Sekitar Rembau Tidak Sah

Artikel berkaitan: “Tak dibius” – Wanita Kesal Bawa Berkhatan Cara Tradisional, Anak Alami Pend*rahan Teruk Selepas Bersunat

“Pantang ada masa lapang, mesti berlatih. sekarang tulisan dah makin smooth, bentuk tulisan khat pun makin tajam.”

Kata ibunya yang tinggal di Rawang kepada Lobak Merah, anaknya, Aryan atau sebenarnya Muhmmd Aryan Azhad mula meminati tulisan khat ini pada tahun lepas. Aryan secara tiba-tiba memintanya untuk belikan alat-alat sedangkan anaknya tidak bersekolah agama.

“Anak saya start minat tulisan khat dari tahun lepas, tiba-tiba je dia minta saya belikan pensel khat. Dia tak pergi sekolah agama, alat-alat untuk tulisan khat memang tak pernah beli.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen begitu kagum denagn kebolehan Aryan kerana bagi mereka untuk mendapatkan hasil tulisan khat yang cantik seperti itu, ada yang mengatakan mereka makan masa bertahun untuk mendapatkan hasil.

Selain itu, ramai yang meminta agar ibunya sentiasa berikan dorongan buat Aryan untuk menggilap bakat anaknya itu.

khat  khat 3 khat 4

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved