“Papa doa supaya Allah tutup pintu hati ke atas mana-mana lelaki”- Ucapan Hari Lahir Norman Hakim Kepada Marissa Kembali Tular

Entertainment
9 Sep 2023 • 2:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendedahkan bahawa anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa yang berusia 18 tahun dikatakan telah mengganggu suami wanita tersebut sehingga dia dan suaminya itu berpisah.

Apa yang lagi panas ialah ucapan hari lahir Norman Hakim untuk anak gadisnya pada bulan Julai lalu kembali tular dan menjadi perhatian warganet selepas isu tersebut kecoh.

image is not available

Difahamkan, Norman Hakim telah memuat naik gambar beserta kapsyen untuk Marissa di Instagram sebagai ucapan hari lahir remaja ini.

Memetik laporan Utusan TV pada 2 Julai lalu, Norman Hakim telah menitipkan doa untuk Marissa agar ditutupkan pintu hati anaknya itu untuk mana-mana lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulus dan ikhlas mahu menjadi imam buat Marissa.

image is not available

Selain itu, Norman Hakim turut mengatakan dia sebagai bapa dan ahli keluarganya yang lain menyayangi Marissa yang merupakan anak solehah, bijak dan sangat berdikari.

“Hari-hari papa tak pernah tinggal solat hajat doakan untuk semua anak-anak papa,” katanya lagi.

Norman turut berkongsikan momen-momen ketika Marissa lahir pada 18 tahun lalu di mana Abby Abadi telah melahirkan Marissa ketika di dalam kereta.

Walau bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, perkongsian Norman Hakim sempena hari jadi Marissa itu sudah tidak dapat ditemui di Instagram pelakon tersebut.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.