“Papa… mama!” – Anak-anak Ceria Dapat Lihat Penyanyi Bey Soba Bey Di Sebalik Jaring Trak

Entertainment
14 Feb 2025 • 1:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Anak-anak kepada penyanyi Bey Soba Bey dikatakan begitu ceria apabila dapat melihat penyanyi tersebut biarpun Eda Ezrin hanya mampu melambaikan tangan di sebalik jaringan trak penjara.

Pemilik nama sebenar Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 30 itu dikatakan sempat melihat anak-anaknya saat tiba di Mahkamah Narathiwat, Thailand untuk meneruskan sesi perbicaraan kes dadah pada pagi tadi.

“Papa..mama”, jerit anak-anak Eda yang begitu ceria dapat melihat ibu bapanya pada jarak dekat.

Sebelum ini, Eda dan suami, Mohd. Affendi Ahmad, 35 bersama 4 indivitu lain iaitu Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33 dan Zuhaira Nasrin, 26, tiba di mahkamah pada jam 9.13 pagi bagi meneruskan sesi perbicaraan kes dadah.

image is not available

Pada 14 Januari lalu, kesemua 6 individu ini didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas 2 kesalahan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 pil kuda. Kesemua tertuduh mengaku mengambil dadah di hadapan Hakim Yuan Khao Kham, namun mengaku tidak bersalah memiliki pil kuda tersebut semasa ditahan di sebuah hotel di Golok pada November lalu.

image is not available

Oleh itu, hakim meminta kesemua tertuduh mengemukakan bukti dan saksi berhubung perkara tersebut dan keputusan berkaitan kes tersebut dijangka akan diputuskan pada awal Mac depan.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.