Papagomo didakwa hasut undang kebencian terhadap Agong

2 May 2024 • 10:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris (dua, kiri) atau Papagomo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, minggu lalu.

Wan Muhammad Azri, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, dia yang juga bekas Exco Pemuda UMNO didakwa membuat penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang mengadap Sultan Ibrahim di laman Twitter atau X miliknya, di Bukit Bintang, di sini, pada 12 tengah hari, 29 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

AKAN MENYUSUL

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!