Papagomo Mengaku Tidak Bersalah Atas Dakwaan Hina Agong

2 May 2024 • 2:38 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Papagomo

Sebentar tadi kami ada melaporkan yang blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azari Wan Deris akan didakwa di mahkamah atas kenyataan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. 

Terbaru! Menurut laporan Malaysia Kini, Papagomo mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Bekas exco Pemuda Umno itu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Siti Aminah Ghazali kepadanya. 

Dia didakwa membuat satu video yang bercakap mengenai isu KK Mart dan ada mempersoalkan tindakan Sultan Ibrahim berjumpa dengan pemilik KK Mart.

Blogger itu didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama. Jika disabitkan kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Kredit: Malaysia Kini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved