Papar Menara Petronas kembar tiga, agensi iklan mohon maaf

LocalPolitics
9 Aug 2024 • 1:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenyataan media Wow Media Sdn Bhd.

SHAH ALAM - Sebuah agensi pengiklanan, Wow Media Sdn Bhd tampil memohon maaf atas kesilapan berhubung iklan digital yang memaparkan Menara Petronas jadi kembar tiga selepas dijana dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).

Wow Media Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengenal pasti kesalahan dalam visual yang dipaparkan pada skrin tersebut dan segera memadam visual itu.

"Kami ingin memaklumkan mengenai isu yang berlaku dengan visual 'Ucapan Selamat Hari Kebangsaan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields' yang dipaparkan pada skrin di Hartamas.

"Oleh itu, kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang mungkin timbul dan akan menilai semula prosedur untuk mengelakkan sebarang masalah yang serupa pada masa akan datang," katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial satu poster rasmi sambutan Hari Kebangsaan yang ke- 67 dari Pejabat Polis Daerah Brickfields yang memaparkan Menara Petronas jadi kembar tiga.

Pada ada poster tersebut, menara berkembar hilang identiti selepas hadir dengan satu menara tambahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved