Niat tunjuk semangat merdeka, tapi poster papar Menara Petronas jadi kembar tiga

LocalOpinion
9 Aug 2024 • 10:28 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial satu poster rasmi sambutan Hari Kebangsaan yang ke 67 dari Pejabat Polis Daerah Brickfields yang memaparkan Menara Petronas jadi kembar tiga selepas dijana dengan bantuan kecerdasan buatan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Adib Mazlee telah memuat naik foto poster tersebut yang ditayangkan di Papan Iklan Digital di kawasan Desa Sri Hartamas.

Menara Petronas jadi kembar tiga sebab guna Ai

image is not available

Bagaimanapun, ramai yang berasa kecewa selepas mendapati poster tersebut dijana menggunakan kecerdasan buatan sehingga menyebabkan menara berkembar hilang identiti.

Pada poster tersebut, menara berkembar hadir dengan satu menara tambahan dan ini membuatkan sebahagian pereka grafik digital berasa kecewa terhadap poster itu.

Menurut Adib, bulan kemerdekaan ini adalah masa yang tepat untuk menunjukkan semangat patriotik, namun usaha untuk menyampaikan semangat itu juga perlu.

Menara Petronas jadi kembar tiga, kenapa tak guna gambar free?

image is not available

Katanya, banyak pilihan foto yang boleh dipilih oleh pihak IPD Brickfields namun mereka memilih untuk menggunakan bantuan kecerdasan buatan.

“Bulan kemerdekaan ni la masa untuk tunjuk semangat patriotik kita. Usaha kena ada sebab bulan memperingati kemerdekaan, bulan bersejarah.

“Kalau poster pun buat pakai kecerdasan buatan, KLCC ada tiga, pemalas sangat ke? Ambik je gambar Google, asalkan gambar asli.

“Shutterstock, Freepiuk dan Pexels yang gambar percuma untuk digunakan, itu pun banyak gambar yang elok. Dah la poster rasmi dari cawangan PDRM, kamu semua tu badan beruniform rasmi,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengecam penggunaan kecerdesan buatan untuk menyediakan poster rasmi itu.

Menara Petronas jadi kembar tiga, Ai menguasai

image is not available

Kecewa dengan penggunaan Ai berleluasa macam ni

image is not available

3 KLCC laa

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warga maya yang menyatakan mereka boleh menggunakan khidmat pereka digital atau menggunakan gambar sebenar.

Apa salah pakai gambar betul?

image is not available

Ramai yang boleh buat free, cuma perlu bagi kredit je

image is not available

Banyak je imej lawa-lawa lain, sekarang menara Petronas jadi kembar tiga

image is not available

Bagaimanapun, menerusi tinjauan pihak IPD Brickfields telah pun mengeluarkan kenyataan yang mana mereka telah meminta syarikat pengiklanan yang menyediakan poster itu untuk menurunkan iklan berkenaan.

“Paparan Ucapan Hari Kemerdekaan yang tular di media sosial adalah paparan dari Papan Iklan Digital di kawasan Desa Sri Hartamas.

“Pihak IPD Brickfields telah menasihatkan pemilik syarikat pengiklanan untuk menurunkan iklan tersebut dengan serta-merta” tulis IPD Brickfields.

image is not available

Sementara itu, syarikat pengiklanan yang telah menyediakan poster itu juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan memohon maaf atas kesilapan mereka.

“Kami telah mengenal pasti akan kesalahan dalam visual yang dipaparkan pada skrin tersebut dan telah segera memadam visual itu.

“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang mungkin timbul dan akan menilai semula prosedur untuk mengelakkan sebarang masalah yang serupa pada masa akan datang,” kata syarikat itu.

image is not available

Macam mana boleh terlepas benda macam ni? Orang atas tak periksa dulu ke? Dah terpaksa buat permohonan maaf pula….