Paparan ASUS ProArt Display OLED PA27USD Dan PA32USD Akan Memasuki Pasaran Tempatan Pada Bulan Julai Ini

TechnologyDigital
13 May 2026 • 4:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri perkakasan perkomputeran ASUS ProArt dibangunkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan profesional-profesional yang berkecimpung dalam sektor kreatif dan memerlukan komputer yang bukan sahaja berkuasa, tetapi juga paparan skrin yang boleh mengolah warna dan kadar bingkai secara jitu.

Image from: Paparan ASUS ProArt Display OLED PA27USD Dan PA32USD Akan Memasuki Pasaran Tempatan Pada Bulan Julai Ini

Untuk membantu bahagian olahan warna, ASUS ProArt memperkenalkan dua buah model paparan skrin baru, iaitu ASUS ProArt Display OLED PA270USD dan ASUS ProArt OLED Display PA32USD. Model PA270USD hadir dengan saiz 26.5 inci manakala PA32USD pula hadir dengan saiz 31.5 inci dengan kedua-dua paparan ini hadir dengan resolusi 4K dan nilai kecerahan setinggi 1000 nits dengan kadar segar semula 240Hz.

Image from: Paparan ASUS ProArt Display OLED PA27USD Dan PA32USD Akan Memasuki Pasaran Tempatan Pada Bulan Julai Ini

Kedua-dua paparan ini juga boleh mengolah 99 peratus gamut warna DCI-P3, hadir dengan kedalaman olahan warna 10-bit, kejituan delta olahan warna E<1 dan sokongan untuk teknologi paparan Dolby Vision, HDR10 dan Hybrid Log Gamma.

Image from: Paparan ASUS ProArt Display OLED PA27USD Dan PA32USD Akan Memasuki Pasaran Tempatan Pada Bulan Julai Ini

Kedua-dua paparan skrin ini juga menawarkan pelbagai pilihan sambungan, dua dwi port Thunderbolt 4 (satu menyokong Penghantaran Kuasa sehingga 96-watt dan satu lagi menawarkan sokongan sambungan paparan tambahan), palam-palan HDMI 2.1, DisplayPort 2.1 dan hab USB 3.2 terbina dengan dua port USB Jenis-A dan satu port USB Type-C untuk menyokong pelbagai peranti dan aksesori tambahan.

Image from: Paparan ASUS ProArt Display OLED PA27USD Dan PA32USD Akan Memasuki Pasaran Tempatan Pada Bulan Julai Ini

Menurut ASUS Malaysia, kedua-dua paparan skrin ini akan mula ditawarkan di pasaran tempatan pada harga permulaan RM8650 pada penghujung bulan Julai 2026.