Paparian Hornet juara Liga Hoki Kota Kinabalu

1 Aug 2023 • 2:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Paparian Hornet merangkul kejuaraan Liga Hoki Kota Kinabalu selepas membelasah SSMS (Sekolah Sukan Malaysia Sabah) 6-2 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Likas pada Sabtu lalu.

Granson Hoel menjaringkan hatrik untuk pasukan yang menang dengan dua lagi gol dijaringkan oleh Muhd Saifudin dan satu oleh Awangku Iskandar Sarizan, manakala gol SSMS dijaringkan oleh Mohd Azfar dan Mohd Fadli.

Perlawanan separuh akhir yang diadakan sebelum itu menyaksikan Paparian Hornet menewaskan Weston United 4-0 manakala SSMS turut menewaskan Paparian Eagle dengan jaringan yang sama.

Dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, Paparian Eagle menewaskan Weston United 1-0 dengan gol kemenangan dijaringkan Mohd Faiz Aizat.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Sementara itu, anugerah penjaring terbanyak dimenangi Gerson Raja Buayo dari SSMS dan Granson Noel Goden dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Liga yang bermula 5 Julai lalu itu disertai 10 pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Weston United mengungguli kumpulan A pada penghujung pusingan dengan Paparian Eagle di tempat kedua manakala SSMS menduduki tempat teratas dalam kumpulan B diikuti oleh Paparian Hornet.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Azrul Ibrahim.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.