Paralimpik Paris 2024: Transgender Pertama Buat Penampilan Di Kota Cinta

19 Aug 2024 • 12:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelari pecut yang mengalami cacat penglihatan, Valentino Petrillo, bakal mencipta sejarah apabila atlet transgender pertama akan bertanding dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 pada 28 Ogos hingga 8 September depan.
 

Merupakan seorang lelaki

Atlet berusia 50 tahun itu dipilih untuk mewakili Itali dalam acara T12 200m dan 400m wanita.

Sebelum ini, Valentino merupakan seorang lelaki dan telah memenangi sebanyak 11 gelaran peringkat kebangsaan malah, dia terus konsisten menggondol pingat gangsa dalam acara 200m dan 400m di Kejohanan Olahraga Para Dunia sejak bertukar jantina kepada seorang wanita.

 

 

 

 


Jadi perdebatan

Kemasukan atlet transgender dalam sukan wanita kekal sebagai topik perdebatan hangat tatkala badan induk sukan trek dan padang, World Athletics, mengumumkan larangan ke atas wanita transgender daripada bertanding dalam pertandingan kategori di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Andrew Parsons, menegaskan Valentino dibenarkan menyertai temasya berprestij itu susulan Kejohanan Olahraga Para Dunia yang disertainya atas dasar melihat dunia sukan bersatu terhadap transgender.