Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya

LocalEnvironment
26 Nov 2024 • 4:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sungai Golok di Rantau Panjang juga meningkat kepada 8.41 meter berbanding 8.27 meter pagi Selasa.

KOTA BHARU - Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati Sungai Golok di Rantau Panjang juga meningkat kepada 8.41 meter berbanding 8.27 meter pagi tadi iaitu melepasi paras amaran lapan meter.

Selain itu, paras air di Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja berada pada paras normal.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi meramalkan Monsun Timur Laut yang telah bermula dari 5 November lepas hingga Mac 2025 dengan jangkaan lima hingga tujuh episod hujan lebat berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah. - Bernama

Ringkasan berita:

  • Paras air Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah, telah melepasi paras bahaya pada ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang.
  • Sungai Golok di Rantau Panjang juga meningkat kepada 8.41 meter, melepasi paras amaran lapan meter.
  • Paras air di Sungai Kelantan di Tambatan D'Raja berada pada paras normal.
  • Jabatan Meteorologi meramalkan Monsun Timur Laut bermula pada 5 November hingga Mac 2025, dengan kemungkinan lima hingga tujuh episod hujan lebat di beberapa negeri.

Dijana oleh AI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved