Paras air Sungai Golok lepasi tahap bahaya

LocalEnvironment
26 Nov 2025 • 10:02 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan terkini Sungai Golok di Rantau Panjang apabila laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan paras air berada pada paras bahaya iaitu 9.19 meter sekali gus melepasi tahap normal lima meter pada Rabu.Foto: Nasran Nasuha
image is not available
Mohd Nassuruddin (dua dari kanan) bersama penghulu meninjau keadaan terkini di kawasan Kampung Jeram Perdah apabila air Sungai Golok mulai melimpah pada Rabu. Foto: FB Mohd Nassuruddin
image is not available
Berdasarkan hujan yangb masih berterusan, air Sungai Golok di Rantau Panjang berkemungkinan melimpah pada bila-bila masa. Foto: Nasran Nasuha

KOTA BHARU - Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras bahaya iaitu 9.19 meter sekali gus melepasi tahap normal lima meter pada Rabu.

Begitu juga Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah turut berada pada paras bahaya di tahap 23.57 meter melepasi paras normal 19 meter.

**media[3352286]**

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dalam hantaran di Facebook pada Rabu berkata, hujan lebat tanpa henti sejak Selasa malam telah menyebabkan air Sungai Golok di Kampung Jeram Perdah mula melimpah.

"Saya bersama penghulu mengambil langkah-langkah penting bagi memastikan keadaan terkawal dan kawasan-kawasan yang kerap ditenggelami air dapat dikenalpasti awal untuk sebarang tindakan susulan.

"Mohon penduduk sekitar terus waspada," katanya.

**media[3352285]**

Sementara itu penduduk di Pekan Rantau Panjang, Nasran Nasuha pula memberitahu, dia serta keluarga kini berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa memantau perkembangan terkini paras air Sungai Golok.

Menurut dia, jarak rumah hanya beberapa meter dari Sungai Golok, menyebabkan tidur mereka malam tadi tidak lena.

"Hujan masih berterusan, melihat keadaan sekarang kemungkinan air sungai akan melimpah bila-bila masa sahaja. Kami hanya bersedia jika perlu berpindah kerana rumah berkedudukan tinggi," katanya.

 

View Original Article