Paras Air Sungai Meningkat: Beberapa Jalan Di Shah Alam Ditutup!

24 Nov 2025 • 6:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perhatian!

Beberapa laluan utama di sekitar di Shah Alam i ditutup sepenuhnya selepas paras air meningkat susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam hantaran melalui Facebook memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menutup laluan di Jalan Seksyen 19, Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23, Persiaran Jubli Perak dan Persiaran Perusahaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

image is not available

Selain itu, menurutnya, Jalan Persiaran Jubli Perak berhadapan dengan bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor di Seksyen 17, turut ditutup selepas dinaiki air.

"Orang ramai dinasihatkan berhati-hati, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya.

Untuk sebarang kecemasan atau bantuan akibat banjir, anda boleh hubungi pasukan PANTAS di 03-55105811.