Tiga Daerah Di Kedah Diramal Banjir Mulai Hari Ini, Amaran Dari PRABN

LocalEnvironment
24 Nov 2025 • 2:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan amaran banjir yang dijangka melanda tiga daerah di Kedah bermula hari ini, susulan hujan lebat berterusan dan paras sungai yang diramal melimpah.

Menurut laporan Harian Metro, PRABN dalam satu kenyataan berkata daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Pendang dan Langkawi.

Kawasan terjejas di Kubang Pasu

image is not available

PRABN memaklumkan banjir berpotensi berlaku di sekitar Sungai Bata, melibatkan:

  1. Kampung Bata
  2. Kota Giam
  3. Paya Tok The
  4. Paya Nongmi
  5. Tebing

Limpahan Sungai Pendang jejas beberapa kawasan

image is not available

Di daerah Pendang, limpahan Sungai Pendang dijangka menyebabkan banjir di kawasan berikut:

  1. Pekan Pendang
  2. Hampar
  3. Suka Mari
  4. Banggol Kambing
  5. Seberang Pendang
  6. Tanjung Raden
  7. Banggol Besi
  8. Alor Ali
  9. Hampar Kanan
  10. Sukamari.

Langkawi turut berisiko dilanda air naik

image is not available

Amaran sama turut dikeluarkan untuk Langkawi, membabitkan limpahan Sungai Melaka, di sekitar Padang Matsirat, Kedawang, Bohor Masjid dan Bubur.

Banjir dijangka bermula hari ini hingga 28 November

image is not available

Banjir dijangka berlaku mulai 12 tengah hari ini (24 November 2025) hingga 5 petang, Jumaat (28 November 2025).

Susulan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya)… serta status air sungai yang diramal menaik dan melebihi aras bahaya, diramalkan banjir akan berlaku di beberapa daerah di Kedah.

Namun PRABN mengingatkan bahawa banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada waktu dijangka.

Penduduk dinasihati mematuhi arahan pihak berkuasa… dan berwaspada di kawasan berisiko.

Pssttt! Jika anda tinggal di kawasan berisiko, sediakan beg kecemasan dan patuhi arahan pihak berkuasa. Banjir boleh datang tanpa amaran, lebih baik berjaga sebelum terlambat.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Tiga Daerah Di Kedah Diramal Banjir Mulai Hari Ini, Amaran Dari PRABN appeared first on Oh! Media.