Paris 2024: Duplantis Pecah Rekod Dunia, Raih Emas Lompat Bergalah 

6 Aug 2024 • 8:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Paris 2024: Duplantis Pecah Rekod Dunia, Raih Emas Lompat Bergalah

PARIS, 6 Ogos (Bernama) — Armand Duplantis dari Sweden memecahkan rekod dunianya sendiri untuk mempertahankan gelaran lompat bergalah di Sukan Olimpik Paris pada Isnin.

Duplantis, 24, melepasi ketinggian 6.25 meter (m) pada percubaan ketiga dan terakhirnya, mengatasi rekod terdahulu 6.24m yang dicatatkan pada April lepas, lapor Xinhua.

Atlet Amerika Syarikat (AS), Sam Kendricks meraih pingat perak manakala Emmanouil Karalis dari Greece memenangi gangsa.

Duplantis juara dunia dua kali yang telah memecahkan rekod dunia sebanyak sembilan kali adalah lelaki pertama sejak Bob Richards dari AS melakukannya pada 1952-1956 untuk gelaran lompat tinggi Olimpik berturut-turut.

Beliau berkata sokongan penonton telah memberi dorongan kepadanya ketika dia cuba memecahkan rekod dunianya ketika pingat emas sudah pun dalam genggaman.

Sumber: BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved