Paris Saint-Germain Gantung Messi Selepas Lawat Arab Saudi Tanpa Kebenaran

3 May 2023 • 1:26 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lionel Messi tidak boleh bermain atau berlatih dan tidak dibayar sepanjang tempoh pergantungan, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar L'Equipe - Gambar Fail

ISTANBUL - Paris Saint-Germain menggantung Lionel Messi selama dua minggu tanpa bayaran kerana melawat Arab Saudi tanpa kebenaran.

Bintang Argentina itu tidak boleh bermain atau berlatih dan tidak dibayar sepanjang tempoh pergantungan, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar L'Equipe.

Berikutan itu, Messi akan terlepas perlawanan Ligue 1 menentang Troyes pada 7 Mei dan aksi bertemu  Ajaccio pada 13 Mei.

Pemain berusia 35 tahun itu menjaringkan 20 gol dan membantu 19 gol dalam 37 perlawanan musim ini.

Messi membimbing Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia Qatar 2022 apabila menewaskan juara 2018 Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti. - Bernama-Anadolu

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved