Paris tempat pertama, KL ke-20 lokasi penyeluk saku

LocalTravel
7 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Paris tempat pertama, KL ke-20 lokasi penyeluk saku

PARIS: Beberapa destinasi pe­lancongan popular dikenal pasti sebagai lokasi sasaran penipuan dan penyeluk saku, berdasarkan kajian terbaharu laman perbandingan harga, Compare the Market.
Senarai itu melibatkan 34 buah negara di dunia.

Menduduki tangga pertama ialah Paris manakala Kuala Lumpur (KL) menduduki tempat ke-20 destinasi pelancongan yang dikenal pasti menjadi kegiatan penyeluk saku dan penipuan.

Dalam kalangan negara-negara Asia, Bandar Raya Ho Chi Minh City, Vietnam berada di tempat ke-19, Beijing, China (22); Bangkok, Thailand (23); Tokyo, Jepun ( 27); Singapura (29), Hong Kong (30); Macau, (31); Shanghai (32), Taipei (33) dan Mekah (34).

Sebahagian besar destinasi pelancongan popular berdepan masalah kecurian yang bukan sahaja menjejaskan pelancong tetapi penduduk tempatan.

Kawasan tumpuan pelancong seperti Menara Eiffel dan Montmartre, Paris dikenal pasti antara lokasi yang sering menjadi sasaran kecurian.

Las Vegas di Amerika Syarikat (AS) pula berada di tempat kedua, dengan kegiatan peni­puan dan penyeluk saku dilaporkan berleluasa di bandar yang terkenal dengan kasino serta kehidupan malam itu.

New York, yang dikenali sebagai The Big Apple, menduduki tempat ketiga, dengan pelancong turut berdepan risiko kehilangan barangan peribadi selain menjadi mangsa penipuan.
Ia diikuti Rom, (4); Los Angeleas (5); London (6); Athens (7); Sofia (8); Barcelona (9) dan Armsterdam (10).

Amsterdam, seperti kebanyakan bandar utama di Eropah, berdepan masalah penyeluk saku setiap tahun.

Menduduki tangga ke-11 ialah Lima; Milan (12); Budapest (13); Istanbul (14); Orlando (15); Nairobi (16); Dubai (17) dan Berlin (18).

Bagi mengelakkan menjadi mangsa, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap taktik mengalih perhatian, kegiatan penyeluk saku di kawasan sesak dan operasi berkumpulan yang dilakukan secara terancang. – AGENSI

 

The post Paris tempat pertama, KL ke-20 lokasi penyeluk saku appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved