Parkir berbayar undang pelbagai reaksi di Penampang

5 Jan 2023 • 4:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Terdapat pelbagai reaksi masyarakat di Penampang apabila gambar salinan resit parkir (kupon) menjadi tular dalam media sosial yang menunjukkan pelaksanaan akan bermula Februari depan.

Simon Jr. Jalin yang mempunyai pejabat di Buhavan Square, Donggongon berkata beliau menentang idea mengenakan bayaran untuk tempat letak kereta.

“Sekarang, tiada apa yang percuma tetapi jika Majlis Penampang meneruskannya, mereka terlebih dahulu perlu menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi, menambah baik keadaan semsa jalan di bahagian dalam kerana banyak bahagian berlubang dan tidak rata.