“Ulat Perut Lipas” – Tular Video Rawatan Resdung Keluar Ulat Tarik Perhatian Netizen

Entertainment
3 Jan 2023 • 12:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular di TikTok mengenai satu video yang memaparkan satu rawatan yang mampu mengubati resdung, eh yeke?

Video yang telah dikongsi oleh salah seorang pengguna TikTok itu telah menarik perhatian netizen dan menerima pelbagai reaksi mengenai proses rawatan itu.

Ulat resdung?

@kakaknutrisi

Hidung kami gatai2 lama dah, garu pun x hilang gatai pastu rasa mcm ada benda dlm hidung, pastu kami p rawatan resdung masyaAllah x sangka ada 3 ulat resdung yang besar. Tapi yang keluar 3 ja, lepas rawatan alhamdulillah hidung kami dah x gatai dah. Tapi makcik tu kena p lagi sbb dok ada lagi. #resdung #ulatresdung #rawatanresdung

♬ original sound – MaderMyzaa – MaderMyzaa

Menurut video tersebut, tuan empunya video yang merupakan seorang wanita menerima rawatan di mana seorang mak cik telah menggosok ‘air cili’ ke atas mukanya. Namun, wanita itu memaklumkan mukanya tidak terasa pedih sebaliknya berasa sejuk.

Ulat resdung akan keluar. Haa, hampa tengok ni ulat-ulat.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang memaklumkan bahawa ulat yang keluar itu bukanlah ulat resdung.

image is not available

image is not available

Kalau bukan ulat resdung, ulat apa pula tu?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media