Parkir Di Tempat Letak Kenderaan OKU Di Kubah Ria, Pemandu Myvi Ini Buat Netizen Bengang

11 Dec 2022 • 4:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pemandu tidak bertangunggjawab parkir di tempat letak kenderaan OKU.

Parkir Di Tempat Letak Kenderaan OKU Di Kubah Ria, Pemandu Myvi Ini Buat Netizen Bengang. Kubah Ria di Kuching memang terkenal dengan kesesakannya terutama pada hujung minggu.

Penduduk di Kuching masing-masing singgah ke Pasar basah di Kubah Ria untuk membeli barangan keperluan membuatkan tempat ini sentiasa sesak dan padat.

image is not available
Parkir Di Tempat Letak Kenderaan OKU Di Kubah Ria, Pemandu Myvi Ini Buat Netizen Bengang. Sumber foto:Sarawak Roads Update

Meletak kenderaan di parkir OKU

Pada hari ini, Sarawak Roads Update telah berkongsi satu muat naik di Facebook di mana terdapat seorang pengguna kenderaan Myvi meletak kenderaannya di parkir khas untuk golongan OKU.

Tindakan yang tiada kesedaran sivik ini telah mendapat perhatian ramai netizen yang rata-ratanya bengang dengan perbuatan pemandu tersebut.

image is not available

Tindakan mementingkan diri sendiri

Tindakan ini bukan sahaja tidak bermoral dan mementingkan diri sendiri malah ia juga akan menyusahkan golongan OKU yang ingin menggunakan hak mereka tersebut.

Diharap agar pihak berkuasa boleh memantau dan mengambil tindakan yang tegas terhadap pemandu kenderaan yang tidak bertanggungjawab seperti ini.