Parkir Kereta Dengan Tayar Senget? Mekanik Dedah Risiko Tersembunyi

Cars
29 Aug 2025 • 12:04 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Parkir Kereta Dengan Tayar Senget? Mekanik Dedah Risiko Tersembunyi

Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki, sekurang-kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia.

Setiap hari, kereta digunakan untuk pelbagai tujuan antaranya seperti menghantar anak ke sekolah, ke tempat kerja, keluar ke pasar dan sebagainya.

Jadi, ‘kesihatan’ kereta hendaklah dijaga setiap masa supaya kenderaan tersebut tidak meragam sehingga mendatangkan masalah kepada anda sebagai pemilik nanti.

Namun begitu, ramai pemandu yang mengambil remeh tentang perkara ini sewaktu memarkirkan kereta. Tanpa disedari, tabiat kecil yang sering dilakukan boleh mengundang risiko kerosakan pada kenderaan, walaupun penyelenggaraan dilakukan secara berkala dan tepat pada masanya.

Mekanik dedah risiko parkir kereta dengan tayar tidak lurus

Untuk makluman pembaca, tip berkenaan diambil daripada perkongsian mekanik menerusi TikTok @altimatautogarage.

Menurut @altimatautogarage, memarkir kereta dengan tayar yang tidak lurus boleh menyebabkan tekanan berat kenderaan tertumpu pada satu sisi sahaja.

Contohnya, jika kereta diparkir dengan tayar menghala ke kiri, tekanan pada bahagian tersebut boleh menyebabkan komponen seperti rak stereng, rod ikatan dan sendi bola cepat rosak.

“Lama-lama rak stereng anda menjadi bocor ataupun rod ikatan menjadi haus,” kata mekanik itu.

Tambah @altimatautogarage, jika kereta diparkir dengan tayar tidak lurus ketika enjin masih hidup, keadaan ini boleh memberi tekanan berlebihan pada sistem stereng kuasa.

Sekiranya tabiat ini dilakukan secara berterusan, anda berisiko mengalami kerosakan pada pam stereng kuasa yang boleh mengeluarkan bunyi berdengung.

Mekanik berkenaan turut menjelaskan bahawa kedudukan tayar yang senget ketika parkir boleh menyebabkan kehausan tayar dan menjadikannya tidak sekata.

“Selepas ini, pastikan tayar diluruskan terlebih dahulu jika anda ingin memarkir kereta. Ia tidak mengambil masa lama, hanya sekitar lima saat untuk memusingkan stereng,” kata @altimatautogarage.

Video tersebut memberi manfaat kepada orang ramai

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

@altimatautogarage

Suka parking kereta tayar senget?! Tengok video ni sampai habis!! #ALTIMATAUTOGARAGE #filui #bengkelkeretasungaibuloh #BengkelBumiputera #bengkelkereta #carworkshop #serviskereta Doakan kami untuk menjadi bengkel kereta terbaik di Kuang dan Sg Sungai Buloh . We will do our best to provide the best car workshop & repair in Kuang and Sg Sungai Buloh

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage