
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali mahu berjalan ke tempat jauh dengan rakan-rakan, sudah tentu anda akan teruja untuk melakukan pelbagai persiapan termasuklah isi minyak kereta, membeli snek dan banyak lagi.
Namun perkara yang kadangkala orang terlupa adalah untuk memeriksa dahulu cuaca di tempat dituju. Cuaca tidak baik juga boleh menyebabkan percutian anda terganggu dan terpaksa ditangguhkan.
Apabila semua itu terjadi, perkara yang boleh dilakukan hanyalah pasrah atau pulang semula.
2 Individu Selamba Makan Makan Sambil Berteduh Bawah 4×4 Ketika Hujan Lebat
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@mhaiminnn._) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Min berkongsi momen bersama kakaknya yang sedang berjalan di Genting Highlands.
Kebiasaannya, lokasi tersebut menjadi tumpuan anak muda untuk melepak. Kadangkala ramai juga hanya datang ke sana untuk pacakkan kerusi ‘healing’ dan menikmati makanan segera atau snek ringan sebelum pulang.
Namun lain pula situasi kali ini, apabila Min dan kakaknya itu terpaksa berteduh di bawah sebuah kereta Toyota Hilux sambil menjamu selera semasa hujan lebat melanda di sana.
Walaupun ia kedengaran mustahil tetapi kelihatan mereka dengan santai mengupas kulit telur rebus untuk makan bersama mi segera yang dimasak.
Difahamkan, kenderaan jenis 4×4 itu sudah diubah suai oleh si pemilik yang membuatkan ruangan bahagian bawah kereta tersebut agak luas daripada normal.

Lelaki Bersila Di Jalan Tar Untuk Nikmati Mi Segera
Tidak sangka dan pasrah dengan situasi terbabit, Min dengan selamba bersila di jalan tar yang dibasahi air hujan berkenaan. Sekali imbas, macam berkelah pun ada.
“Tumpang teduh makan ramen jap bang,” kata Min di ruangan kapsyen.
@mhaiminnn._ tumpang teduh makan ramen jap bang @datocombatofficial 😭😭 #fyp #gentinghighlands ♬ Jet2 Advert – ✈️A7-BBH | MAN 🇬🇧
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat 2 Individu Makan Bawah Kereta
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi tentang hantaran tersebut. Segelintir individu dilihat terhibur dengan aksi spontan Min yang berteduh di bawah kereta untuk makan.
“Weh rembat port kucing,” jenaka seorang pengguna wanita.
“Betul la orang kata, orang perempuan sanggup buat apa sahaja demi makanan,” seloroh seorang gadis.
Namun begitu, ramai juga mempersoalkan dua individu itu kerana tidak berteduh di tempat lebih selamat dan selesa.
“Tak, asal tak makan dekat tempat korang beli ramen tu je?” tanya seorang netizen.
“Kenapa tak cari tempat berteduh dulu? Sempat lagi makan ramen, kau dah lapar sangat ke kak,” kata seorang lagi warganet.
Sementara itu, ada juga yang berkata air hujan yang mengalir di jalan tar tersebut boleh termasuk ke dalam bekas makanan.
“Air yang dah kena lantai tu tak terpecik masuk dalam mangkuk akak tu ke? Sanggup eh demi konten,” ujar seorang pengguna TikTok.






Baca Artikel Berkaitan: “Terkedu Kucing Tu” – Reaksi Si Bulus Lihat Orang Ramai Berbuka Puasa Di Parkir Curi Perhatian
Debu Pada Jalan Tar Berkemungkinan Bercampur Dengan Air Hujan
Memang tidak dapat dinafikan, air hujan yang mengalir pada jalan tar adalah kotor kerana ia bercampur dengan debu, tanah, minyak, dan sisa kekotoran yang melekat pada tayar kenderaan.
Jika ia berdekatan dengan kawasan perindustrian pula, sisa bahan kimia atau tumpahan petrol dan diesel boleh melekat daripada kereta anda.

Walaupun asalnya air hujan itu bersih tetapi apabila melalui jalan tar, ia sudah tercemar. Dalam situasi sebegini, adalah lebih baik jika anda mencari tempat makan yang lebih sesuai untuk tujuan keselamatan.
Salah satu alternatif lain bagi mengelakkan perkara sebegitu terjadi adalah memeriksa terlebih dahulu ramalan cuaca di destinasi yang mahu dituju.
Source:

![“Most Of Japanese Didn’t Know” – Influencer Jepun Terkejut, Baru Tahu Negaranya Pernah Jajah Tanah Melayu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)

![“Isteri Dah Lama Tinggalkan Pakcik” – Bapa OKU Gigih Kerja Baiki Kasut Demi Sara 3 Anak [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)
