Parlimen Indonesia Lulus Pindaan Kontroversi, Polis Boleh Aktif Jadi Penjawat Awam

WorldPolitics
10 Jun 2026 • 5:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Parlimen Indonesia meluluskan pindaan undang-undang yang membolehkan pegawai polis yang masih berkhidmat memegang jawatan dalam pentadbiran awam tanpa perlu melepaskan jawatan mereka dalam pasukan polis.

Semak semula undang-undang

Merujuk laporan daripada Reuters, kelulusan itu dibuat setahun selepas Parlimen negara tersebut menyemak semula undang-undang ketenteraan yang memperluaskan peluang anggota tentera memegang jawatan dalam sektor awam.

Image from: Parlimen Indonesia Lulus Pindaan Kontroversi, Polis Boleh Aktif Jadi Penjawat Awam

Selari dengan pendekatan Presiden Indonesia

Langkah terbaharu itu dilihat selari dengan pendekatan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto yang sejak mengambil alih pentadbiran pada 2024 telah memperluaskan peranan pasukan keselamatan dalam urusan pentadbiran negara.

Prabowo yang juga bekas komander pasukan khas sebelum ini turut melantik beberapa pegawai kanan polis dan tentera untuk menyertai pentadbirannya.

Image from: Parlimen Indonesia Lulus Pindaan Kontroversi, Polis Boleh Aktif Jadi Penjawat Awam

Di bawah undang-undang baharu itu, pegawai polis yang masih berkhidmat boleh dilantik ke institusi negeri atau kementerian lain di luar Polis Negara Indonesia tanpa perlu meletakkan jawatan terlebih dahulu.

Menurut salinan rang undang-undang (RUU) tersebut, pelantikan itu hanya dibenarkan sekiranya jawatan yang disandang mempunyai kaitan dengan tugas dan fungsi polis.

Image from: Parlimen Indonesia Lulus Pindaan Kontroversi, Polis Boleh Aktif Jadi Penjawat Awam

Antara bidang yang dibenarkan termasuk urusan keselamatan dan ketenteraman awam, penguatkuasaan undang-undang, perlindungan, penjagaan serta perkhidmatan kepada masyarakat di kementerian atau agensi kerajaan.

Selain itu, pegawai polis aktif juga boleh ditempatkan di luar organisasi mereka atas permintaan presiden, kementerian atau agensi tertentu selagi ia bersesuaian dengan kepakaran dan pengalaman yang dimiliki.

Sumber: Reuters

The post Parlimen Indonesia Lulus Pindaan Kontroversi, Polis Boleh Aktif Jadi Penjawat Awam appeared first on Borak Daily.