
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Israel sekali lagi menjadi tumpuan apabila Parlimen negara haram itu, Knesset, telah meluluskan satu rang undang-undang kontroversi berat sebelah, yang akan mengarahkan mahkamah tentera supaya menjatuhkan hukuman mati terhadap rakyat Palestin yang disabit atas kesalahan “keganasan”.
Rang undang-undang ini yang merupakan janji parti sekutu sayap kanan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mencetuskan kecaman meluas daripada masyarakat antarabangsa.
Lebih mencuri tumpuan apabila Al Jazeera melaporkan, hukuman yang sama tidak akan dikenakan ke atas rakyat Israel berbangsa Yahudi yang disabitkan membunuh rakyat Palestin.
62 Sokong, 48 Ahli Parlimen Israel Menentang
Difahamkan undang-undang berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan 62 Ahli Parlimen (MP) termasuk Netanyahu manakala 48 lagi menentangnya dan seorang berkecuali.
Memetik Awani, peruntukan ini menetapkan hukuman gantung dalam tempoh 90 hari selepas sabitan dengan ruang penangguhan yang sangat terhad. Malah rakyat Palestin juga tidak berikan hak pengampuan.
Namun masih ada pilihan alternatif yang diberikan iaitu hukuman penjara seumur hidup.
Kelulusan ini dianggap sebagai kemenangan besar bagi golongan sayap kanan Israel, terutamanya Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir yang merupakan pelopor malah cukup dikenali sebagai individu paling berpendirian keras terhadap rakyat Palestin.
Dia turut menyifatkan keputusan tersebut sebagai “hari keadilan” bahkan memberi amaran kepada sesiapa yang memilih keganasan umpama “memilih kematian.”
Ia jenayah perang terhadap rakyat Palestin
Dalam pada itu Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyifatkan rang undang-undang ini sebagai “jenayah perang terhadap rakyat Palestin”.
Malah ia berpendapat pelaksanaannya telah melanggar Konvensyen Geneva Keempat, khususnya perlindungan yang dijamin kepada individu serta jaminan perbicaraan yang adil, lapor Al Jazeera lagi.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mengecam hebat undang-undang berkenaan turut berpandangan yang ia satu pelanggaran undang-undang antarabangsa serta satu usaha terdesak untuk menakut-nakutkan rakyat Palestin.
Netizen Kecam Undang-undang berat sebelah
Rakaman menunjukkan Ahli Parlimen Israel meraikan kelulusan berkenaan yang dimuat naik agensi berita Turki, TRT World turut tular di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa.
View this post on Instagram
Malah video-video lain turut mendapat reaksi sama selepas dikongsikan di platform-platform media sosial berbeza.
VIDEO | Israeli National Security Minister Ben Gvir, outside the Knesset chamber, celebrates the passing of the death penalty law for Palestinian detainees, describing it as historic and saying, “Soon we will count them one by one.” pic.twitter.com/yc4Aan0dLf
— The Cradle (@TheCradleMedia) March 30, 2026
Convicted terrorist and Israeli Security Minister Itamar Ben Gvir celebrates the Knesset vote in favor of executing Palestinian prisoners by a wide margin
— Max Blumenthal (@MaxBlumenthal) March 30, 2026
It’s a death cult, folks pic.twitter.com/91PUJAWgXA
