
Kota Kinabalu: Parti Tempatan Rakyat Sabah (PTRS) – parti terbaharu daripada banyak parti yang muncul menjelang pilihan raya negeri Sabah – berkata ia akan mengguna pakai konsep tender terbuka bagi memilih calon yang layak untuk bertanding.
Presidennya Jismit Japong berkata ini untuk memastikan keadilan kepada semua bagi mengelakkan pilih kasih selain mengamalkan ketelusan sepenuhnya dalam proses pemilihan calon.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya percaya PTRS adalah parti pertama mengguna pakai konsep tender terbuka kepada semua bagi memilih calon berwibawa dan berkualiti. Ia boleh disamakan dengan tender terbuka dalam proses bidaan projek oleh syarikat-syarikat.
“PTRS juga merupakan parti pertama di negara ini yang menawarkan peluang kepada orang awam untuk memohon menjadi calon.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Saya optimis kita akan menerima sambutan yang menggalakkan apabila tiba masanya,” katanya.
Jismit berkata demikian kepada Daily Express ketika ditemui dalam sesi perjumpaan ahli parti bersamanya selaku Presiden parti di sini, pada Jumaat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Menurut Jismit, pemilihan calon akan berdasarkan merit, dan pembentangan pemohon termasuklah visi, misi serta cadangan mereka untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ingin mereka wakili.
“Parti akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi untuk menilai permohonan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Saya boleh memberi jaminan bahawa semua permohonan yang diterima akan dinilai dengan adil. Paling penting kami mahu calon yang lantang bersuara dan bersemangat dalam memperjuangkan hak-hak Sabah,” katanya.
Bagi jumlah kerusi DUN yang akan ditandingi, Jismit berkata mereka menyasarkan untuk bertanding di 55 kerusi DUN dalam PRN17 dengan 60 peratus kerusi terletak di Pantai Barat dan 40 peratus di Pantai Timur.
Menurutnya, PTRS akan menampilkan muka baharu dan lama di mana mereka akan memperuntukkan 30 peratus daripada kerusi kepada wanita, 30 peratus kepada belia berkaliber dan baki 40 peratus kepada golongan veteran.
Beliau berkata mereka juga menyasarkan kerusi Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam untuk PRN17.
“Kami merancang untuk bertanding di 55 kerusi secara solo dan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti lain dalam pilihan raya negeri yang akan datang.
“Bagaimanapun, kami mungkin mempertimbangkan kerjasama dengan pihak lain pada masa hadapan bergantung kepada keputusan pilihan raya,” katanya.
Mengenai perjuangan parti, Jismit berkata slogan parti adalah “Ke Arah Perubahan Kepimpinan Sabah” dan “Kemenangan Kita, Kejayaan Rakyat” dan mereka bertekad untuk tidak mempolitikkan isu infrastruktur awam serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekiranya memenangi pilihan raya negeri.
Beliau berkata parti juga memberi tumpuan kepada pemeliharaan hak-hak negeri dan rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan, selain memperjuangkan pembangunan ekonomi, pemerkasaan belia dan kebajikan sosial.
Beliau turut menegaskan bahawa PTRS amat percaya kepada pemerkasaan wanita dan peranan penting mereka dalam pembangunan negeri, dengan memastikan 30 peratus daripada barisan Kabinet negeri terdiri daripada wanita yang memegang jawatan pembuat keputusan.
