Parti BERSATU Pecat Hamzah Zainuddin Serta Merta Hari Ini

LocalPolitics
13 Feb 2026 • 4:58 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk memecat Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada hak keahlian parti berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu dimaklumkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) selepas Lembaga Disiplin membuat ketetapan berkenaan.

Advertisement
View this post on Instagram

“Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin telah memutuskan bahawa Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5.”

“Ia berkuat kuasa mulai 13 Februari 2026 kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan.

Desakan agar tindakan diambil terhadap Hamzah sebelum ini disuarakan menerusi memorandum kepada Presiden parti, Muhyiddin Yassin serta ahli-ahli MPT, yang ditandatangani oleh 16 pemimpin Sayap Bersekutu peringkat pusat dan negeri.

View this post on Instagram

Terdahulu, media melaporkan tekanan dari dalam parti supaya Hamzah dipecat semakin meningkat apabila Sayap Bersekutu turut menuntut tindakan tegas diambil terhadap Timbalan Presiden tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-13 13:22:48

Da'i Syed Fail Rayuan Penangguhan Hukuman, Kelibat Hana Ismail jadi Tumpuan

The post Parti BERSATU Pecat Hamzah Zainuddin Serta Merta Hari Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.