Parti Kerjasama Anak Negeri sifatkan isu air UMS memalukan Sabah

LocalPolitics
3 Jun 2025 • 4:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jinni Juanis

Kota Kinabalu: Isu gangguan air membabitkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) disifatkan memalukan kerajaan Sabah kata Timbalan Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri (PKAN) Terence Tsen.

Beliau berkata hal ini kerana bekalan air di universiti berkenaan adalah bidang kuasa Jabatan Air Negeri Sabah (Jans) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kerja Raya Negeri.

“PKAN menggesa Kerajaan GRS menyelesaikan segera masalah bekalan air di institusi terbabit berikutan situasi kian meruncing. Membina tangki air dan menghantar bekalan melalui lori hanya merupakan penyelesaian sementara bagi mengurangkan impak kekurangan air.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebagai penyelesaian jangka panjang kita mencadangkan Jans mempertimbangkan pembinaan stesen pam air di kawasan kampus UMS bagi menjamin bekalan dan tekanan air yang mencukupi.

“Cubaan beberapa pemimpin GRS untuk menyalahkan kerajaan Persekutuan atas alasan UMS merupakan institusi persekutuan ialah sesuatu yang menyedihkan dan menjadi bahan ketawa,” katanya.

Dalam pada itu Tsen yang juga Pengerusi PKAN Cawangan Sepanggar berkata salah satu kemungkinan penyebab tekanan air yang rendah di UMS adalah sambungan haram oleh penduduk setinggan di kawasan sekitarnya.

Katanya Sabah berdepan isu serius berkaitan air bukan hanya disebabkan kebocoran paip tetapi akibat pengambilan air secara haram oleh penduduk setinggan.