
SIPITANG: Sabah belum dapat mengikut jejak Sarawak untuk membentuk kerjasama politik yang hanya membabitkan parti tempatan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah masih memerlukan kerjasama antara parti tempatan melalui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan rakan parti nasional yang lain.
Katanya, gabungan kerjasama GRS-Pakatan Harapan (PH) Plus yang membentuk kerajaan negeri ketika ini adalah susunan kerjasama yang sudah sedia ada untuk Sabah dan ia akan dikekalkan pada PRN nanti.
“Dalam politik kita mesti kerjasama dengan rakan kita dan inilah kita dalam GRS sekarang, kita mesti satu hati. Kita juga mesti bekerjasama dengan parti nasional yang sudah ada di Sabah sekarang.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Inilah ‘setup’ (persediaan) kita di Sabah, kita belum dapat macam Sarawak. Suka atau tidak, inilah keadaan kita di Sabah. Apa yang penting ialah kita kukuhkan perpaduan di kalangan kita dalam GRS dengan rakan PH dan lain-lain.
“Kalau kita bekerjasama, tiada sabotaj sana sini, tolong-menolong antara satu sama lain, saya yakin kita boleh menang dengan mudah pada PRN nanti,” katanya.
Beliau yang juga Pengerusi GRS berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sindumin, di Dataran QSS sini, pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sindumin yang juga Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan kepimpinan Gagasan Rakyat Negeri.
Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat turut mengingatkan ahli parti itu, termasuk di Sindumin, supaya memastikan Gagasan Rakyat terus diperkukuhkan, selain menjaga kerjasama dengan rakan dalam GRS dan parti nasional.
“Kuatkan perpaduan antara kita, mantapkan juga kerjasama dengan rakan dalam GRS dan PH Plus. Kita perlu saling membantu antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan di Sindumin dan semua kawasan lain pada PRN nanti,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


