Sabah sentiasa perkasa potensi wakaf: Hajiji

LocalBusiness & Finance
21 Sep 2024 • 4:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah sentiasa memberikan sokongan kepada Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) untuk terus memperkukuhkan pemberdayaan dan pemerkasaan potensi wakaf di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, ini termasuk memberikan penekanan kepada kerjasama dan keterlibatan bersama pelbagai pemain industri wakaf di Malaysia, sama ada daripada agensi kerajaan negeri atau Persekutuan.

Selain itu, keterlibatan pihak swasta atau korporat yang ingin sama-sama menyumbang kepada usaha itu juga penting ke arah menjadikan Sabah sebagai negeri mesra dan celik ibadah wakaf menjelang 2030, katanya.

“Justeru, saya ingin mengucapkan tahniah kepada UMS kerana telah menjadi institusi pertama mendapat lantikan sebagai Ejen Kutipan Wakaf Tunai Muis,” katanya sempena Majlis Bulan Wakaf Peringkat Negeri dan Seminar Wakaf Pendidikan “Wakaf Membina Generasi Berilmu di sini, Khamis.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Pelantikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai Ejen Kutipan Wakaf Tunai Muis akan membantu Muis untuk terus memperkukuhkan pemberdayaan dan pemerkasaan potensi wakaf di negeri ini.

Hajiji berharap dengan lantikan itu, UMS akan dapat melaksanakan pembangunan yang mapan di dalam memberikan khidmat pendidikan yang terbaik kepada masyarakat di negeri ini.

Beliau berkata usaha yang diambil oleh UMS ini amat baik terutamanya dalam membantu pembangunan pendidikan di negeri ini.

“Justeru, mana-mana pihak yang ingin berwakaf dalam aspek pendidikan, kini boleh salurkan kepada UMS, selain Muis sendiri. Oleh itu, saya berharap lebih banyak lagi institusi pendidikan di negeri ini akan mengikut inisiatif yang diambil oleh UMS.

“Sudah pasti ini akan memberi manfaat kepada golongan fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan rentan lain. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam usaha mengembangkan syiar wakaf di Sabah, khususnya di dalam membangun sektor pendidikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap Muis akan dapat mendekatkan diri bersama masyarakat dalam usaha untuk menyebarkan kefahaman berkaitan ibadah wakaf di negeri ini.

“Justeru, besar harapan saya agar industri wakaf ini dapat terus diperkukuhkan mengikut acuan masa kini serta berlandaskan hukum syarak agar kesannya boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

“Pada akhirnya nanti, ini akan dapat menjadikan wakaf sebagai wadah pemangkin kepada pembangunan sosial dan ekonomi ummah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.