Parti pembangkang digesa henti amal politik kebencian

Politics
9 Jul 2024 • 4:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Parti pembangkang perlu henti amalkan politik kebencian dan sebaliknya mengutamakan perjuangan parti masing-masing.

Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Tungku, Mohd Ar Razee Abdulham berkata, amalan politik kebencian ini hanya mengundang rasa meluat rakyat terhadap arena politik.

Katanya, rakyat kini matang dan bijak menilai serta memilih, mereka tidak perlu dimomokkan dengan agenda-agenda yang menjatuhkan parti lain.

“Setiap pemimpin mempunyai perjuangan sendiri, tidak perlu menuding jari bahawa pemimpin kami gila kuasa dan lompat parti untuk mendapatkan kuasa.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Setiap tindakan yang diambil pasti berlandaskan kepada prinsip perjuangan beliau bukan untuk kepentingan diri semata-mata,” katanya mengulas tindakan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengatakan Ketua PGRS Bahagian Tungku, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan ‘bertukar baju’ untuk mendapatkan kuasa dan kekayaan pada lawatan beliau ke kawasan ini, Jun lalu.

Jelas Mohd Ar Razee, memiliki kuasa adalah sesuatu yang penting, termasuk dalam bidang politik kerana tanpa kuasa, bagaimana pemimpin hendak membantu rakyat.

Katanya, dalam Shafie menuding jari kepada pemimpin lain, Shafie lupa bahawa dia juga ‘bertukar pihak’ untuk mendapatkan kuasa.

“Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, beliau lantang membidas Pakatan Harapan (PH) namun memilih untuk bekerjasama dengan PH selepas PRU.

“Justeru itu, tindakan beliau ini bukankah ibarat menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri,” jelasnya pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Tahunan Cawangan-cawangan PDM Segangan yang dirasmikan oleh Ketua PGRS Bahagian Tungku, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan.

Berucap lanjut, Mohd Ar Razee berkata, tidak perlu lagi amalan politik kebencian ini diteruskan kerana tidak mendatangkan manfaat kepada semua pihak.

Tambahnya, adalah lebih baik jika politik dimainkan dengan politik matang yang jelas mahu berjuang untuk negeri dan rakyat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.