PAS akan terus perjuangkan Islam sebagai asas utama pemerintahan -Sanusi

LocalPolitics
1 Jan 2026 • 2:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

PAS menegaskan komitmen untuk meneruskan perjuangan mengambil alih pentadbiran negara bagi mengembalikan Islam sebagai asas utama pemerintahan.

Asas utama pemerintahan untuk selamatkan negara

Menerusi hantaran di Facebook, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan hanya Islam mampu menyelamatkan negara daripada kezaliman dan penindasan akibat sistem pemerintahan yang tidak berpaksikan ajaran Islam.

“Oleh itu perjuangan untuk ambil alih negara dan menguasai sistem politik semula mesti diteruskan oleh PAS secara bersungguh-sungguh dalam keadaan apa sekalipun.
“Yakinlah, Islam sahaja yang boleh selamatkan dunia ini. Selain daripada itu, kebanyakannya telah rosak dan mendedahkan manusia kepada kezaliman serta penindasan,” katanya.

image is not available

Panduan Islam asas utama pemerintahan

Beliau menegaskan ketiadaan panduan Islam dalam pentadbiran membolehkan sesebuah negara dikuasai pihak lain yang tidak menjadikan Islam sebagai asas politik, mengambil contoh pemerintahan semasa di bawah Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Pemimpin yang perintah tetapi tidak berpegang pada Islam, akhirnya mereka dikuasai orang lain yang tidak menjadikan Islam sebagai asas berpolitik,” katanya.

image is not available

Sebagai Menteri Besar Kedah, Sanusi menegaskan PAS akan terus menyediakan ruang bagi Islam berkembang sebagai sistem pemerintahan sambil mengekalkan keadilan dan keselamatan golongan bukan Islam.

“Kita ini mulia dan selamat dengan Islam. Hati kita bersih dengan Islam. Kita tidak menindas sesiapa, kita berlaku adil, tidak diskriminasi dan tidak menafikan hak mana-mana rakyat ketika menjadi kerajaan. Itu prinsip Islam,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Tiada hala tuju lagi, Pemuda PAS Selangor desak putus hubungan dengan BERSATU

Beliau turut menekankan garis sempadan yang tidak boleh dilanggar sekiranya ada pihak cuba menghakis hak umat Islam.

Sumber: Facebook Muhamad Sanusi Md Nor