PAS buat keputusan! Sah tidak bertanding PRN Sarawak 2026

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 3:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesahkan tidak akan meletakkan sebarang calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2026 pada 12 Disember depan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas parti itu meneliti perkembangan politik semasa selain mengambil kira beberapa pertimbangan lain menjelang pilihan raya tersebut.

Menurutnya, PAS telah menetapkan pendirian untuk tidak menyertai pertandingan kali ini berdasarkan penilaian terhadap situasi politik semasa.

“Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengambil maklum perkembangan semasa berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2026 yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Setelah mengambil kira perkembangan politik semasa serta pelbagai pertimbangan lain, PAS memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi bertanding dalam PRN Sarawak 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Image from: PAS buat keputusan! Sah tidak bertanding PRN Sarawak 2026

Bagaimanapun, keputusan untuk tidak bertanding itu tidak mengubah komitmen PAS dalam memperjuangkan kepentingan rakyat serta menyokong usaha memperkukuh kestabilan politik negara.

Takiyuddin berkata, parti berkenaan akan terus memberikan perhatian terhadap agenda perpaduan dan kesejahteraan rakyat berdasarkan dasar serta prinsip perjuangan yang dipegang selama ini.

“PAS akan terus memberikan komitmen terhadap usaha memperkukuh perpaduan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, selaras dengan dasar serta prinsip perjuangan parti,” ujarnya.

Sumber: Facebook Takiyuddin Haji Hassan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved