SACOFA, Imasa bekerjasama sediakan rangkaian 5G dan gentian optik untuk Bandar Pintar Kenyalang di Sarawak

LocalTechnology
19 Nov 2026 • 4:27 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

SACOFA, Imasa bekerjasama sediakan rangkaian 5G dan gentian optik untuk Bandar Pintar Kenyalang di Sarawak Image from: SACOFA, Imasa bekerjasama sediakan rangkaian 5G dan gentian optik untuk Bandar Pintar Kenyalang di Sarawak liza19/11/2026 - 16:27 Kerjasama itu turut meletakkan SACOFA sebagai antara pemangkin kepada pembangunan ekosistem digital Kenyalang Smart City, sekali gus menyokong aspirasi menjadikan Miri sebagai hab strategik inovasi digital, pelaburan dan pembangunan bandar pintar di utara Sarawak Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 19 Nov – SACOFA Sdn Bhd memperkukuh peranannya sebagai rakan penyedia infrastruktur telekomunikasi dan rangkaian utama bagi pembangunan Bandar Pintar Kenyalang (KSC) di Miri, Sarawak menerusi kerjasama dengan pemaju utama projek itu, Imasa Dinasti Sdn Bhd (Imasa).

 

Kerjasama berkenaan bertujuan menyediakan infrastruktur sambungan digital berkapasiti tinggi, stabil dan berskala bagi menyokong pembangunan ekosistem bandar pintar yang bersepadu serta bersedia menghadapi keperluan teknologi masa hadapan.

 

Kerjasama itu dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara SACOFA dan Imasa, yang penyerahannya disaksikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempena upacara rasmi Kenyalang Convention and Exhibition Centre One (KCEC One) serta majlis pecah tanah Borneo Adventure Water Theme Park.

 

Menerusi MoU itu, kedua-dua pihak akan meneroka penyelesaian sambungan digital termasuk rangkaian gentian optik berkapasiti tinggi, infrastruktur 5G dan seni bina rangkaian gentian optik menyeluruh.

 

Kerjasama itu turut merangkumi penyediaan sambungan rangkaian untuk perusahaan, sokongan teknologi pelbagai benda (IoT), sistem rangkaian sokongan serta fungsi pemulihan bencana bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan digital.

 

Infrastruktur berkenaan dirancang untuk menyokong pelbagai keperluan pembangunan Kenyalang Smart City, termasuk aplikasi bandar pintar dan perkhidmatan digital bagi komponen kediaman, komersial, hospitaliti, penjagaan kesihatan serta institusi.

 

Melalui penyediaan infrastruktur tersebut, SACOFA dan Imasa berhasrat membangunkan ekosistem digital yang membolehkan pelbagai komponen bandar beroperasi secara lebih berhubung dan bersepadu.

 

Manfaatkan rangkaian sedia ada SACOFA

SACOFA akan memanfaatkan rangkaian gentian optik sedia ada di seluruh Sarawak serta Program Pemodenan Rangkaian yang sedang dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan dan daya tahan infrastrukturnya.

 

Syarikat itu mempunyai rangkaian lebih 12,000 kilometer kabel gentian optik dan lebih 1,688 menara telekomunikasi selular di seluruh negeri.

 

Keupayaan berkenaan menjadi asas kepada usaha SACOFA memenuhi peningkatan permintaan terhadap lebar jalur dan perkhidmatan telekomunikasi di Sarawak.

 

Kerjasama itu turut meletakkan SACOFA sebagai antara pemangkin kepada pembangunan ekosistem digital Kenyalang Smart City, sekali gus menyokong aspirasi menjadikan Miri sebagai hab strategik inovasi digital, pelaburan dan pembangunan bandar pintar di utara Sarawak.

 

Inisiatif berkenaan juga selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) kerajaan Sarawak yang menggariskan agenda pembangunan dan transformasi negeri. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved