PAS Gesa Larangan Pesta Hiburan Di Tren Sewa, Cemarkan KTMB Dan Budaya Islam

LocalPolitics
20 May 2024 • 11:08 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Parti politik dan gerakan Islam di Malaysia, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa larangan penganjuran sebuah pesta hiburan ‘Pinkfish Festival’ yang dilaporkan berlangsung di dalam gerabak sewa khas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menerusi satu kenyataan, Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari menegaskan bahawa pesta ini dilihat bertentangan dengan budaya ketimuran yang mengutamakan nilai tatasusila, kesopanan dan hiburan sederhana.

image is not available

Foto: mywinet.com

“Budaya berhibur melampaui batas seperti menghadiri kelab malam sepertimana ditonjolkan oleh pesta hiburan ini pada 16 Mei lepas, tidak mencerminkan nilai Rukun Negara dan mencemarkan nama KTMB yang merupakan aset negara bersejarah,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata, kejadian tersebut tidak boleh diterima dan dilihat bertentangan dengan falsafah Malaysia Madani yang dibawakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun program itu dikatakan bertujuan untuk penjanaan kewangan.

“Keretapi Tanah Melayu Berhad merupakan salah satu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang berada bawah Kementerian Kewangan.

image is not available

Foto: FB TV PAS

“Kami mencadangkan agar siasatan dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan akan punca bagaimana program sebegini boleh diluluskan melihatkan ketidakwajaran aktiviti maksiat sebegini dinormaliasikan menggunakan syarikat berkaitan kerajaan yang mempunyai simbolik begitu penting bagi imej dan maruah negara,” ujarnya.

Beliau turut berkata bagi pihak PAS agar aktiviti yang melampaui batas dan mencemarkan imej KTMB ini tidak wajar diteruskan sekali gus menyatakan budaya hiburan yang sederhana harus dipertahankan dalam negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

“Kami menegaskan bahawa hiburan bukanlah sesuatu yang dilarang buat rakyat Malaysia dan umat Islam.

“Namun begitu, Islam hadir membawakan garis panduan yang komprehensif dalam mengisi naluri manusia yang berkehendakkan kepada hiburan. Sederhana dalam berhibur adalah kunci kepada kemajuan,” tambah beliau lagi.

image is not available

Foto: FB Pinkfish Festival

Terdahulu, difahamkan terdapat penganjuran pesta hiburan atas keretapi Pinkfish Express yang dianjurkan oleh sebuah entiti bernama Pinkfish Festival dan dijolok sebagai “festival hiburan atas keretapi yang pertama di Asia Tenggara” telah menggunakan gerabak keretapi milik KTMB yang bermula dari Stesen Keratapi Kuala Lumpur sebagai lokasi pesta tersebut.