PAS janji tak tekan Sabah, Sarawak jika memerintah negara

Politics
22 Nov 2022 • 5:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: PAS berjanji bahawa sekiranya gabungan mereka memerintah negara, tidak akan menekan rakyat di Sabah dan Sarawak yang harmoni dengan adat resam dan agama masing-masing.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata PAS menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa parti itu akan menggunakan kedudukan yang lebih dalam kerajaan untuk melaksanakan dasar-dasar yang menekan mana-mana pihak.

"... apatah lagi di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang rakyatnya menjalani kehidupan yang harmoni mengikut adat resam dan agama masing-masing," kata beliau dalam kenyataan media.

"Malahan, PAS amat tegas dalam mematuhi prinsip Islam iaitu tiada paksaan dalam beragama yang mana tidak boleh memaksa seseorang bukan Islam untuk menganut Islam melainkan atas kerelaan dan kefahaman mereka sendiri."

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.